Tengok Tengok's Fan Box

Tengok Tengok on Facebook

Jumaat, April 02, 2010

70 murid terima agihan pertama wang ihsan esok

2010/04/02

MACHANG: Seramai 70 murid sekolah rendah akan menerima agihan pertama RM25 juta wang ihsan esok daripada 100,000 murid di Kelantan yang layak menerima peruntukan itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata agihan pertama itu diberikan berdasarkan maklumat dan pemilihan Jabatan Pelajaran Kelantan (JPN) kerana ibu bapa mereka dikategorikan sebagai golongan miskin.

Beliau berkata, agihan pertama itu akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan melawat Kelantan esok.

"Murid yang terpilih pula layak menerima bantuan itu kerana keluarga mereka berpendapatan di bawah RM720 sebulan dan ia dikategorikan sebagai golongan miskin," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, pemilihan murid itu mengikut 14 kawasan Parlimen dan setiap Parlimen lima murid akan dipilih jabatan berkenaan.

Beliau berkata, dalam lawatan sehari ke Kelantan, Muhyiddin juga akan merasmikan program Juara Rakyat iaitu satu program Umno untuk mendekati rakyat di peringkat akar umbi.

"Perasmian program ini adalah kali ketiga dilancarkan kerana sebelum ini program itu telah dilancarkan di Kedah dan Perak," katanya.
Beliau berkata, program untuk anggota Umno mendekatkan rakyat adalah langkah parti itu untuk membuktikan bahawa ia masih relevan dalam memperjuangkan nasib rakyat.

"Bagi Kelantan sudah 20 tahun Pas memerintah, sudah tiba masanya bagi Umno membuktikan kepada rakyat bahawa ia sebuah parti yang memperjuangkan nasib rakyat," katanya. - Bernama

Sumber : Berita Harian Online 2/4/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails