Tengok Tengok's Fan Box

Tengok Tengok on Facebook

Khamis, April 01, 2010

Rakyat jelas mengenai visi negara di bawah Najib

01/04/2010 6:43pm

PULAU PINANG 1 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat kini lebih yakin dan jelas mengenai visi negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata sejak setahun tempoh kepimpinan Najib, rakyat telah mula merasai kesan perubahan dalam proses transformasi kerajaan yang dijalankan.

"Kini Najib hampir setahun, kita telah saksikan banyak pembaharuan dan transformasi bermula dengan gagasan 1Malaysia yang dapat meningkatkan hubungan dan kerjasama rakyat daripada pelbagai latar belakang.

"Kini rakyat sudah mula menerima konsep 1Malaysia dan jelas mengenai misi untuk membawa Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Depoh Bitumin Innate Synergy Sdn Bhd di sini hari ini.

Muhyiddin berkata inisiatif yang paling penting dalam kepimpinan Najib ialah transformasi ekonomi yang dikenali sebagai Model Ekonomi Baru dan kerajaan mahu mengubah pendapatan rakyat daripada sederhana kepada berpendapatan tinggi.

Katanya perubahan daripada sistem penyampaian juga jelas di mana penekanan diberikan terhadap enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Daripada aspek politik pula, Perdana Menteri telah membuat perubahan dalam Barisan Nasional dan rakyat telah merasai perubahan itu,” kata Timbalan Perdana Menteri. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online 1/4/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails