Tengok Tengok's Fan Box

Tengok Tengok on Facebook

Khamis, April 01, 2010

Usul rujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

01/04/2010 4:08pm

KUALA LUMPUR 1 April - Kerajaan akan mengemukakan usul merujuk Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengelirukan Dewan Rakyat berhubung isu APCO.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini kerana ketua pembangkang itu gagal menjelaskan dakwaannya bahawa gagasan 1Malaysia ditiru daripada “One Israel” yang dikaitkan dengan APCO Worldwide.

"Usul akan dibuat di bawah aturan mesyuarat 18(2) yang memerlukan kerajaan memberikan notis kurang sehari. Keputusan ini berdasarkan kerana Permatang Pauh mengelirukan Dewan Rakyat berkaitkan isu APCO,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, Anwar gagal menjelaskan dakwaannya selepas beliau diberi tempoh seminggu untuk berbuat demikian pada Selasa lepas. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online 1/4/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails