Tengok Tengok's Fan Box

Tengok Tengok on Facebook

Sabtu, April 03, 2010

Siti Nurhaliza dan Krisdayanti Bakal Rai Setiausaha

Ditulis oleh Nonie Jumaat, 02 April 2010 15:55


Eksklusif hanya di Shah Alam Convention Centre (SACC), Datuk Siti Nurhaliza dan Krisdayanti (KD) bakal berpadu tenaga menjayakan persembahan meraikan Minggu Setiausaha pada 27 dan 28 April ini.

Bagi Siti sendiri, ini adalah pertama kali baginya berkongsi pentas bersama KD menjayakan sebuah persembahan. Pastinya peluang yang ditawarkan SACC tidak mudah dilepaskan begitu sahaja walaupun datang banyak tawaran lain.

"Siti dan KD akan nyanyikan lagu daripada album CTKD dan 15 buah lagu akan didendangkan sepanjang persembahan," ujar Siti yang menyambut ulang tahun ke-15 bergelar anak seni semalam.

Baginya, tempoh 15 tahun pembabitannya disulami pahit manis namun kesyukuran sentiasa terpahat tatkala diberi kekuatan dan kesabaran mengharungi cabaran.

"Kejayaan Siti bukan datang bergolek namun sepanjang 15 tahun ini banyak yang telah dicapai antaranya mengadakan konsert sebelum berumur 20 tahun, membuat persembahan di Royal Albert Hall dan berjumpa idola Siti (Celine Dion)," tambah Siti mengulas suka duka pembabitannya.

Hadirin berpeluang membawa pulang hadiah lumayan berupa set barang kemas dari Rafflesia dan juga pakaian rekaan Radzuan Radzwill. Selain itu, semua tetamu yang hadir akan menerima barangan tajaan Lanvin Paris, Van Cleef and Arpels dan Body Shop.

Tiket boleh didapati dengan harga RM350 (Silver Class), RM500 (Gold Class), RM750 (Diamond Class), RM10,000 untuk tempahan satu meja 10 orang (Platinum Class), dan RM20,000 untuk tempahan meja 10 orang (Titanium Class).

Tempahan juga boleh dibuat di talian 03-5511 8858 / 8843 waktu bekerja atau emel ke enquiry@saccconventioncentre.com


Sumber : Mangga Online 3/4/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails