Tengok Tengok's Fan Box

Tengok Tengok on Facebook

Ahad, April 04, 2010

Chelsea pintas

2010/04/04

MANCHESTER: Didier Drogba menjaringkan gol kemenangan yang diragui untuk membolehkan Chelsea menang 2-1 dan mengambil alih kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris daripada Manchester United kemenangan pertama di Old Trafford dalam tempoh lima tahun.

Sementara itu, Nicholas Bentner menyelamatkan maruah Arsenal dengan jaringan lewat permainan untuk terus mengekori di belakang dengan 71 mata, selepas menang 1-0 ke atas Wolves.

Di Old Trafford, Drogba dimasukkan sebagai pemain gantian dan menggegar gawang pada minit ke-79 ketika berada dalam kedudukan ofsaid tetapi Chelsea mendominasi permainan sejak awal menerusi kuisan Joe Cole pada minit ke-20.

Pemain gantian United, Federico Macheda merapatkan jurang buat menghidupkan sisa perjuangan United pada baki lapan minit terakhir tetapi gagal mengekang anak buah Carlo Ancelotti mendahului dua mata di depan United dengan 74 mata.

Mengecewakan kualiti pegawai perlawanan menjejaskan kami, kata Ferguson.

Kejutan turut berlaku di Stadium of Light apabila pasukan tangga keempat, Tottenham Hotspur kecundang 3-1 kepada Sunderland untuk menghangatkan perebutan slot terakhir Liga Juara Eropah musim depan. - Agensi

Sumber : Berita Harian Online 4/4/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails