Tengok Tengok's Fan Box

Tengok Tengok on Facebook

Khamis, April 01, 2010

Muhyiddin enggan berpolemik isu 1Malaysia

01/04/2010 6:17pm

PULAU PINANG 1 April - Tan Sri Muyiddin Yassin berkata, beliau tidak perlu berpolemik dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang mengenai isu 1Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga tidak memerlukan Kit Siang untuk menilai dirinya sebaliknya menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sumbangan beliau kepada negara.

"Saya telah lama dalam politik, telah lebih 40 tahun dan rakyat tahu apa yang saya sebutkan dan laksanakan itu lebih penting. Isu ini tidak perlu dipanjangkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Depoh Bitumin Innate Synergy Sdn Bhd di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, rakyat boleh menilai siapakah yang bersikap perkauman dan siapakah Kit Siang yang sebenarnya.

"Tak perlu nak ungkit-ungkit, itu tidak baik,” katanya.

Kit Siang, yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, baru-baru ini mencabar Muhyiddin meletakkan jawatannya jika Timbalan Perdana Menteri itu gagal mengakui beliau berpendirian “Malaysian first, Malay second”.

Di Dewan Rakyat semalam, Muhyiddin berkata Lim berniat jahat dan hanya mahu menjejaskan hubungannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online 1/4/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails