Tengok Tengok's Fan Box

Tengok Tengok on Facebook

Sabtu, April 03, 2010

Hishammuddin tinjau kawasan jenayah tertinggi


Hishammuddin Tun Hussein (kiri) bertanyakan sesuatu kepada Ayub Yaakob (kanan) di kuaters polis Balai Polis Central Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 2 April - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan tinjauan mesra di empat lokasi yang merupakan antara kawasan yang mencatatkan kes jenayah tertinggi di bandar raya ini sempena program High Profile Policing.

Walaupun dalam keadaan hujan, beliau tetap bersemangat meneruskan tinjauan tersebut dengan berjalan kaki sejauh kira-kira satu kilometer bermula di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang

Selepas menyampaikan cenderahati kepada 50 penghuni rumah orang tua di dewan tersebut, Hishammuddin kemudian meneruskan kunjungan ke Bangunan Liga Muslim dan Kuil Sri Mariamman di Lebuh Queen untuk bertemu dan bertanya khabar masyarakat di kawasan tersebut.

Dari Lebuh Queen, beliau yang diiringi Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Husin Ismail dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayob Yaakub berjalan pula hingga ke Masjid Kapitan Keling sebelum menunaikan solat Maghrib dan makan malam bersama-sama penduduk.

Pada majlis tersebut, Hishammuddin turut menyampaikan surat penghargaan kepada lima orang awam di atas sumbangan mereka membantu pihak berkuasa mencegah jenayah.

Terdahulu, beliau melawat Balai Polis Central dan meluangkan masa kira-kira sejam mengunjungi perumahan anggota polis di situ dan turut mendengar penerangan mengenai jenayah di kawasan berkenaan.

Sumber : Utusan Malaysia Online 3/4/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails