03/04/2010 2:47pm
MACHANG 3 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangkang sengaja mencetuskan isu di Dewan Rakyat baru-baru ini hanya untuk melaga-lagakan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, usaha pembangkang melalui Penasihat DAP, Lim Kita Siang itu hanya sia-sia kerana sejak awal sehingga sekarang hubungannya dengan Najib tetap utuh dan kesetiaannya tidak berbelah bagi.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap melancarkan program Juara Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah I di sini pagi ini.
Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan bantuan wang ihsan kepada 70 pelajar dari seluruh negeri ini. - Utusan
Sumber : Utusan Malaysia Online 3/4/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan