2010/04/04
MOSCOW: Roket angkasa lepas Russia yang membawa tiga angkasawan dari negara itu dan Amerika Syarikat, selamat mendarat di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), hari ini.
Roket Soyuz yang dilancarkan awal Jumaat lalu tiba di ISS jam 9.25 (0525 GMT), menurut pegawai di pusat angkasa lepas Russia kepada agensi berita
Interfax. Soyuz berlepas dari stesen angkasa Kazakhstan itu membawa angkasawan Russia, Alexander Skvortsov dan Mikhail Korniyenko, manakala angkasawan Amerika, Tracy Caldwell Dyson.
Mereka akan menyertai misi angkasa bersama angkasawan Russia, Oleg Kotov, Soichi Noguchi (Jepun) dan Timothy Creamer (Amerika) yang sudah pun berada di ISS. - AFP
Sumber : Berita Harian Online 4/4/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan