Tengok Tengok's Fan Box

Tengok Tengok on Facebook

Sabtu, April 03, 2010

Lionel Ritchie teruja datang Malaysia

Ditulis oleh Rosli Manah Jumaat, 02 April 2010 12:44



Lionel Ritchie yang terkenal dengan lagu Hello dan Say You, Say Me teruja dapat jemputan sekali lagi ke Malaysia selepas empat tahun. Kedatangannya kali ini juga untuk mengadakan persembahan sempena perlumbaan Formula 1.

Ritchie akan mengadakan persembahan malam ini di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pasti peminatnya tak akan melepaskan peluang. Bukan sahaja orang kita, tapi pelancong asing yang datang untuk menyaksikan perlumbaan Ahad ini.

"Saya memang sukakan Malaysia kerana cukup kagum dengan segala yang ada di negara ini. Dengan infrastruktur yang lengkap dan ditambah pula layanan mesra rakyatnya... membuatkan saya rasa selesa di sini.

"Segala-galanya menakjubkan dan sempurna sehingga saya berasa seperti berada di rumah kedua saya," kata Lionel kepada media dalam sidang akhbarnya semalam. Turut hadir, Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang, Datuk Mokhzani Mahathir.

Lionel juga menyatakan kesediaan sekiranya boleh mengadakan konsert yang berskala besar pada masa akan datang.

Peminat yang ingin menonton masih boleh menempah tiket dengan menghubungi talian 03-77115000. Tiket-tiket dijual dengan harga RM238 hingga RM888.

Sumber : Mangga Online 3/4/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails