Tengok Tengok's Fan Box

Tengok Tengok on Facebook

Jumaat, April 02, 2010

Tidak bercanggah 1Malaysia

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 1 April – Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ‘saya tetap Melayu dahulu’ sebagai suatu yang bercanggah dengan gagasan 1Malaysia.

Perdana Menteri berkata, apa yang dikatakan oleh Muhyiddin itu merupakan cerminan kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berasaskan kaum yang diwakilinya.

“Beliau berkata yang beliau komited dengan (gagasan) 1Malaysia, saya tidak lihat ada percanggahan.

“Dengan menjadi seorang Melayu, itu tidak bermakna anda seorang yang berlawanan dengan 1Malaysia atau anda tidak berfikir sebagai seorang rakyat Malaysia.

“Serupa juga jika seseorang itu Cina, itu tidak bermakna anda tidak berfikir sebagai seorang rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas melancarkan portal Myprocurement di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas jawapan balas Muhyiddin terhadap cabaran Penasihat DAP, Lim Kit Siang agar Timbalan Perdana Menteri meletakkan jawatan sekiranya gagal membuktikan beliau berpendirian ‘Malaysia pertama dan Melayu kedua’.

Muhyiddin menegaskan “Saya tetap Melayu dahulu tapi ini tidak bermaksud kita rasis dan mempertikaikan semua hak kaum lain.”

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, beliau akan mencari masa yang sesuai untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden MCA yang baru, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

“Saya akan mencari masa untuk menemui beliau, tidak perlu tergesa-gesa, biarlah dia selesai semua perkara dahulu,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online 2/4/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails